Halaman

Jumaat, 30 Oktober 2009

Salam ukhwah, ranting seputih ranting Keramat, Simpang Tiga Kampung Raja Besut rumah beradab, tujuh petala langit diriku diangkat kesaksian, tujuh petala bumi diriku langkah, sembilan simpulan satu diriku berdiri gah, satu ikatan sembilan kebolehan, sembilan simpulan satu aku berhajat taat, tiga simpulan satu aku tunduk hormat. Salam salam keramat, salam ukhwah salam bersahabat,gersang bumi kerana panas, gersang langit kerana mendung, gersang manusia kerana jahil, gersang diri kerana tiada kejujuran, gersang hati kerana hilang hidayah, gersang akal kerana hilang tawakkal, yang datang gersang nafsu, tenggelam dalam diri sendiri ingat ingat sahabat aku. Darah bangsa kita jangan di alirkan, maruah bangsa kita jangan di cemarkan, tanah air kita pertahankan, ini dunia, tiada siapa yang tahu kejadian mendatang, anasir luar meluas tanpa di sedari, bangsa melayu masih lalai lagi, ingatkah kata pemimpin kita,"perjuangan belum berakhir",benar!!! sana sini darah sendiri jatuh ke bumi, bangsa asing tepuk berdiri, maruah bangsa kita dilelong orang sendiri, fahamilah ///
Books DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT; 1. Dalil Al Quran Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’ An Nur: 55 2. Dalil Al Hadis Dari Nukman bin Basyir, katanya… ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata ” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’ Huzaifah RA lalu segera menjawab. ” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mend

Isnin, 5 Oktober 2009




BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH (Bahagian 2)Sambungan dari minggu lepas...
Ketika "berkomunikasi" dengan Allah melalui sembahyang atau solat, kita membaca Al-Fatihah setiap rakaat. Cuba lihat bagaimana proses komunikasi ini berlangsung:
Apabila kita membaca "Bismillah" yang bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah mengingati-Ku".
· Apabila kita membaca ayat pertama Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah memuji-Ku".
· Apabila kita membaca ayat kedua Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".
· Apabila kita membaca ayat ketiga Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Yang menguasai hari pembalasan (kiamat)", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah memuliakan-Ku" atau "Hamba-Ku telah berserah diri kepada-Ku".
· Apabila kita membaca ayat keempat Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan", maka Allah S.W.T. menjawab "Inilah bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dimohon akan dimakbulkan".
· Apabila kita membaca ayat kelima Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat", maka Allah S.W.T. menjawab "Ini semua bahagian hamba-Ku, dan terkabullah semua permohonan hamba-Ku".
· Kesimpulannya, jika kita tidak ingin tergolong di dalam orang-orang yang syirik dan di dalam kekafiran, seterusnya ingin menjadi sahabat Allah S.W.T., maka sentiasalah menjaga solat kita. Dirikanlah ia tepat pada waktu. Jangan leka dan lalai daripada mengerjakannya. Dan apabila mengerjakannya, sentiasa buat yang terbaik dengan penuh khusyuk, ikhlas dan mengharapkan balasan baik daripada Allah.
DOA PILIHAN MINGGU IN:
Doa dimudahkan menghafal pelajaran"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah, berilah daku rezeki faham, ilmu dan hikmah dengan fikiran dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih."
NOTA:Doa ini baik diamalkan selepas menunaikan solat fardhu dan sebelum mula belajar atau mengulangkaji.



BIMBINGAN ROHANIWasiat Rasullullah (s.a.w) Kepada Saidana Ali (r.a)
Wahai Ali,Bagi orang mukmin itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Jujur dalam kata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri
Wahai Ali,Bagi orang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali,Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.
* Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa), iaitu:
1. Makan sekadar untuk menguatkan badan,
2. Bicara seperlunya,
3. Mengurangi tidur dan
4. Menahan cercaan orang lain.
SUMBANGAN: Sdri. Yanti melalui e-mel.
DOA PILIHAN MINGGU INI: Doa ketika bangun pagi
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami (membangunkan kami) kemudian dari mati (tidur) kami dan kepada-Nyalah kami akan berbangkit."



BIMBINGAN ROHANIBerkomunikasi dengan Allah (Bahagian 1)
Sudahkah anda "berkomunikasi" dengan Allah? Bagaimana? Kalau para remaja ingin tahu, maksud sebenar "berkomunikasi" dengan Allah SWT ialah dengan melalui sembahyang atau solat.
Dari Jabir RA, katanya beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir, ialah meninggalkan solat."
Tahukah anda, ibadah solat itu terbahagi dua (separuh-separuh) antara Allah dan hamba-Nya yang menunaikan solat tersebut?. Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:"Siapa yang tidak membaca Ummul Quran (Al-Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna." (Rasulullah telah mengulangi kenyataan ini sebanyak TIGA kali).Lalu ditanyakan orang kepada Abu Hurairah, "Bagaimana kalau kami solat mengikut imam?"Maka jawab beliau, "Bacalah perlahan-lahan! Kerana aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa Allah S.W.T. berfirman: Solat itu kubahagi dua antara-Ku dan hamba-Ku. Untuk hamba-Ku ialah apa yang dimintanya."
Al-Fatihah telah terbahagi kepada 3 iaitu:1. Ayat 1-4 untuk Allah;2. Ayat 5 untuk Allah dan hamba-Nya;3. Ayat 6-7 untuk hamba-Nya.
Solat juga boleh diertikan sebagai zikir kepada Allah. Melalui sabda Rasulullah S.A.W., Allah berfirman: "Aku adalah sahabat orang-orang yang mengingati-Ku."
Kerananya, bila Allah menjadi sahabat seseorang yang sedang solat, itu bererti bahawa orang tersebut mampu melihat sahabatnya (Allah). Inilah sebabnya, solat itu disebut sebagai "berkomunikasi" dengan Allah.
Menurut Ibnu Arabi, barang siapa yang solatnya sudah mencapai pada tingkatan melihat Allah, maka ia selalu menjadi imam dalam solatnya, meskipun solatnya sendirian. Ini kerana, para malaikat akan menjadi makmum dibelakang orang yang bersolat di tingkatan itu. Solat sebegini yang dapat mendatangkan nikmat dan khusyuk yang tiada taranya.
Bersambung...

DOA PILIHAN MINGGU INI: Dimudahkan menghafal pelajaran
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah, berilah daku rezeki faham, ilmu dan hikmah dengan fikiran dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih."
NOTA: Doa ini baik diamalkan selepas menunaikan solat fardu dan sebelum mula belajar atau mengulangkaji.


BIMBINGAN ROHANISatu renungan: Di saat kematian menjelang
Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri...!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Laailahaillallah...", yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu, marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut."Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucapkan kalimah Laailahaillallah... semasa Sakaratul Maut menghampiri kami... amin... amin... amin... ya rabbal aa'lamin... "
DOA PILIHAN MINGGU INI: Doa Untuk Kedua-dua Orang Tua
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah, ampunilah aku dan kedua-dua orang tuaku, dan sayangilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya menyayangi aku pada waktu kecil."
NOTA: Doa ini baik diamalkan selepas menunaikan solat fardu.

hari ini aku telah pergi ke sebuah rumah di sekitar kawasan rumah aku untuk beraya . sambil itu aku menasihatkan seorang sahabatku yang sukar untuk menninggalkan tabiat lamanya iaitu memghisp rokok padahal sahabtku itu seorang yang berpegagatahan tentang ilmu agama... sahabatku ini sering perpesan ,menasihati, membeki taskirah rikas danmotivasi kepada ku... aku dengan tanpa berputus asa tetap dengan pendirianku rokok permusnah anak bangsa dan agama islam yang ku cintai dan kusayangi .. walaubagaimanapun aku ingin menasihati para sahabatku janganlah sesekali terlibat dengan rokok sekali mencuba seumur hidup sesara.. kita kalau nak jadi seseorang yang hebat yang paling penting jauhi rokok..

Ahad, 4 Oktober 2009

ya ALLAH berikanlah aku kerberkatan untuk menduduki peperiksan penilaian menegah yang bakal aku duduki pada 7/10-13/10/2009 ini ya Allah.Aku menharapkan keberkatanmu ya Allah aku adalah insan mu yang lemah ya allah...