Halaman

Isnin, 5 Oktober 2009



BIMBINGAN ROHANISatu renungan: Di saat kematian menjelang
Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri...!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Laailahaillallah...", yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu, marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut."Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucapkan kalimah Laailahaillallah... semasa Sakaratul Maut menghampiri kami... amin... amin... amin... ya rabbal aa'lamin... "
DOA PILIHAN MINGGU INI: Doa Untuk Kedua-dua Orang Tua
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah, ampunilah aku dan kedua-dua orang tuaku, dan sayangilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya menyayangi aku pada waktu kecil."
NOTA: Doa ini baik diamalkan selepas menunaikan solat fardu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan