Halaman

Isnin, 5 Oktober 2009




BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH (Bahagian 2)Sambungan dari minggu lepas...
Ketika "berkomunikasi" dengan Allah melalui sembahyang atau solat, kita membaca Al-Fatihah setiap rakaat. Cuba lihat bagaimana proses komunikasi ini berlangsung:
Apabila kita membaca "Bismillah" yang bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah mengingati-Ku".
· Apabila kita membaca ayat pertama Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah memuji-Ku".
· Apabila kita membaca ayat kedua Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".
· Apabila kita membaca ayat ketiga Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Yang menguasai hari pembalasan (kiamat)", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah memuliakan-Ku" atau "Hamba-Ku telah berserah diri kepada-Ku".
· Apabila kita membaca ayat keempat Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan", maka Allah S.W.T. menjawab "Inilah bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dimohon akan dimakbulkan".
· Apabila kita membaca ayat kelima Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat", maka Allah S.W.T. menjawab "Ini semua bahagian hamba-Ku, dan terkabullah semua permohonan hamba-Ku".
· Kesimpulannya, jika kita tidak ingin tergolong di dalam orang-orang yang syirik dan di dalam kekafiran, seterusnya ingin menjadi sahabat Allah S.W.T., maka sentiasalah menjaga solat kita. Dirikanlah ia tepat pada waktu. Jangan leka dan lalai daripada mengerjakannya. Dan apabila mengerjakannya, sentiasa buat yang terbaik dengan penuh khusyuk, ikhlas dan mengharapkan balasan baik daripada Allah.
DOA PILIHAN MINGGU IN:
Doa dimudahkan menghafal pelajaran"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah, berilah daku rezeki faham, ilmu dan hikmah dengan fikiran dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih."
NOTA:Doa ini baik diamalkan selepas menunaikan solat fardhu dan sebelum mula belajar atau mengulangkaji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan